ok..didalam misi untuk setup our own fertigation backyard..perkara pertama yang dilakukan adalah untuk elakkan lalang tumbuh dengan jayanya.. Jadi apa yang kami lakukan adalah menutup permukaan tanah dengan plastik 'silver shine'. plastik ni boleh didapati di mana2 kedai pertanian..dengan pelbagai saiz,harga dan juga ketebalan.
Walaubagaimanapun, tempoh masa pengunaanya hanya sementara. Terdapat pilihan lain yang boleh digunapakai untuk tujuan mengelakkan pertumbuhan lalang iaitu penggunaan batu kerikil untuk jangkamasa panjang. Oleh kerana batu kerikil agak mahal harganya,lalu kami pilih untuk hanya menggunakan plastik silvershine.
Now...picture di atas ni adalah keadaan halaman belakang rumah kami sebelum membuat transformasi kecilan.(anak2 juga mula mengambil tempat masing2)...yeah!ready..!!
Kerja bermula....ibu sibuk mengambil gambar jer...kakak, adik dengan ayah bertungkus lumus bentang plastik silver shine meliputi keseluruhan permukaan halaman. Anyway, pokok pisang yang ada pada gambar diatas tu sayang nak ditebang...jadi sebahagian kecil kawasan di biarkan untuk simpanan.
Fuhh!! berpeluh juga ler buat kerja kecil ni...belum lagi proses nak setup rumah teduhan hujan pulak selepas ni??....by the way... this is just a small part of the journey..just can't wait to make it complete!!
No comments:
Post a Comment