Sunday, May 15, 2011

Our first steps

Salam...

ok..didalam misi untuk setup our own fertigation backyard..perkara pertama yang dilakukan adalah untuk elakkan lalang tumbuh dengan jayanya.. Jadi apa yang kami lakukan adalah menutup permukaan tanah dengan plastik 'silver shine'. plastik ni boleh didapati di mana2 kedai pertanian..dengan pelbagai saiz,harga dan juga ketebalan.


Walaubagaimanapun, tempoh masa pengunaanya hanya sementara. Terdapat pilihan lain yang boleh digunapakai untuk tujuan mengelakkan pertumbuhan lalang iaitu penggunaan batu kerikil untuk jangkamasa panjang. Oleh kerana batu kerikil agak mahal harganya,lalu kami pilih untuk hanya menggunakan plastik silvershine.

Now...picture di atas ni adalah keadaan halaman belakang rumah kami sebelum membuat transformasi kecilan.(anak2 juga mula mengambil tempat masing2)...yeah!ready..!!

Kerja bermula....ibu sibuk mengambil gambar jer...kakak, adik dengan ayah bertungkus lumus bentang plastik silver shine meliputi keseluruhan permukaan halaman. Anyway, pokok pisang yang ada pada gambar diatas tu sayang nak ditebang...jadi sebahagian kecil kawasan di biarkan untuk simpanan.  
Fuhh!! berpeluh juga ler buat kerja kecil ni...belum lagi proses nak setup rumah teduhan hujan pulak selepas ni??....by the way... this is just a small part of the journey..just can't wait to make it complete!! 

Thursday, April 28, 2011

Pertanian secara fertigasi

Assalamualaikum wbrt..

Alhamdullillah, setelah lebih dua tahun bersama2 suami tersayang mempelajari teknik fertigasi sebagai salah satu cara pertanian yang sangat menjanjikan pulangan...kini..dengan rasa bangganya..haha....ingin sangat berkongsi rasa teruja ini bersama sesiapa jua yang berminat untuk sama2 meneruskan misi bertanam secara fertigasi.

Konsepnya tersangat lah mudah kerana FERTIGASI bermaksud penggunaan baja yang dilarutkan kedalam air dan dialirkan secara irigasi tanpa perlu membaja dan memberikan air secara berasingan! SENANGKAN! Juga hanya kawasan yang sederhana besar diperlukan kerana penggunaan tanah atau "soil replacement" yang boleh menggunakan serbuk kayu, hampas kelapa sawit atau campuran arang  hanya akan menggunakan polybeg. So boleh tak anda bayangkan jika pertanian secara fertigasi secara mudahnya boleh di buat di laman rumah anda! But!! kalau boleh jangan la tanam pokok bunga guna kaedah ni yer! sangatlah tidak sesuai!!!

Bagi sesiapa yang sukakan tanaman makanan.. macam saya boleh la sentiasa update dengan entri seterusnya kerana saya akan beri tip2 untuk set up ur own fertigation system. I quaranteed that you'll get the satisfaction when you see your plants grow healthily..... Saya sangat suka dengan penanaman pokok cili, terung, bendi dan apa jua yang boleh dibuat makan yer...hehe...it's really worth!!

ok...this is just an intro! will try to collect as much of  fertigation knowledges and share with u guys!
 Ini adalah gambar suami tersayang semasa mengutip hasil buah 'rockmelon' yang sangatlah manis menggunakan kaedah fertigasi ini...