Assalamualaikum wbrt..
Alhamdullillah, setelah lebih dua tahun bersama2 suami tersayang mempelajari teknik fertigasi sebagai salah satu cara pertanian yang sangat menjanjikan pulangan...kini..dengan rasa bangganya..haha....ingin sangat berkongsi rasa teruja ini bersama sesiapa jua yang berminat untuk sama2 meneruskan misi bertanam secara fertigasi.
Konsepnya tersangat lah mudah kerana FERTIGASI bermaksud penggunaan baja yang dilarutkan kedalam air dan dialirkan secara irigasi tanpa perlu membaja dan memberikan air secara berasingan! SENANGKAN! Juga hanya kawasan yang sederhana besar diperlukan kerana penggunaan tanah atau "soil replacement" yang boleh menggunakan serbuk kayu, hampas kelapa sawit atau campuran arang hanya akan menggunakan polybeg. So boleh tak anda bayangkan jika pertanian secara fertigasi secara mudahnya boleh di buat di laman rumah anda! But!! kalau boleh jangan la tanam pokok bunga guna kaedah ni yer! sangatlah tidak sesuai!!!
Bagi sesiapa yang sukakan tanaman makanan.. macam saya boleh la sentiasa update dengan entri seterusnya kerana saya akan beri tip2 untuk set up ur own fertigation system. I quaranteed that you'll get the satisfaction when you see your plants grow healthily..... Saya sangat suka dengan penanaman pokok cili, terung, bendi dan apa jua yang boleh dibuat makan yer...hehe...it's really worth!!
ok...this is just an intro! will try to collect as much of fertigation knowledges and share with u guys!
Ini adalah gambar suami tersayang semasa mengutip hasil buah 'rockmelon' yang sangatlah manis menggunakan kaedah fertigasi ini...